Skim Pinjaman Buku Teks merupakan satu progaram pinjaman buku teks kepada murid-murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.Program ini mula dilaksanakan pada tahun 1975 dan terhad kepada murid yang ibu bapa yang ibu bapa atau penjaga mereka warganegara Malaysia sahaja.Pada tahun 1983 ,program ini diperluas ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Isalam Negeri.
Sejak dilaksanakan pada tahun 1975, skim ini telah diurus secara sentralisasi oleh Bahagian Buku Teks (BBT) sehingga tahun 1997. Pelaksanaan secara sentralisasi ini bermaksud semua pengurusan , keperluan , pemesanan dan pembayaran buku teks (SPBT) dikendalikan oleh (BBT).
Oleh sebab pengurusannya semakin kompleks dan meluas, mulai tahun 1998 , skim ini diuruskan secara desentralisasi.Dibawah sistem ini, tugas seperti pengurusan kewangan , pengurusan pesanan dan pembayaran tuntutan telah diperturunkan kuasa kepada Pengarah Jabatan Negeri (JPN). Walau bagaimanapun ,BBT sebagai pengawal tugas-tugas berkenaan masih menyelaras ,mengawal dan memantau pelaksanaannya di semua peringkat, manakala bagi SMAR ,anggaran peruntukan, urusan dan pembayaran di seluruh negara masih ladi diuruskan oleh BBT.
Bagi memudahkan pengurusan dan memastikan keberkesanan sistem desentralisasi ini dilaksanakan,BBT melalui Sektor Skim Pinjaman Buku Teks telah membahagikan pengurusan SPBT kepada lima unit zon.
No comments:
Post a Comment